Kali ini saya nak share cara membuat bunga kertas. Bunga kertas ni banyak kegunaannya. Boleh buat sejambak letak dalam pasu atau sebagai penghias kotak hadiah. Pemilihan warna terpulang pada diri sendiri. Macam saya suka yang plain dan pastel. Ohh yer, saya bukan kidal, tapi kalau tengok gambar semuanya dipegang dengan tangan kiri. Sebab? Tangan kanan pegang kamera ehhehehe
Bahan-bahan:
~Kertas nipis berwarna putih dan pink - nipis dan jarang macam kertas tisu. Boleh dibeli di kedai bunga segar atau di kedai jual barang-barang party birthday.
~Gunting
~Gam UHU atau gam pelbagai guna
~Benang
~Benang
Cara:
1. Ambil sehelai kertas putih dan bahagiakan kepada 6 bahagian. Susun bertindih dan lipat macam buat kipas.
2. Ikat ditegah-tengah dengan benang, dah potong dihujung kiri dan kanan bagi jadi bentuk bulat atau tajam.
3. Lekatkan dengan gam di tepi dan kembangkan.
4. Buka setiap lapisan perlahan-lahan sehingga menjadi bunga.
5. Untuk membuat tengah bunga, lipat kertas berwarna pink.
6. Potong rapat-rapat tetapi jangan sampai putus. Gam kan ia di tengah-tengah bunga.
*** Dah siap, senang kan. Untuk saiz lebih kecil, buleh potong (step 1) kertas kepada saiz yang lebih kecil
Thanks for reading & sharing ENDI NUGROHO
0 komentar:
Posting Komentar